Ya
Allah...
di saat
aku di uji dengan cinta dunia..
aku leka
menikmatinya sehingga
aku jatuh
tertewas dengan ujianMU..
aku jatuh
tersungkur sehingga jalanku gelap..
Ampuni
segala dosaku ya Tuhanku..
sesungguhnya
aku sangat hina dan kerdil di sisiMU..
Ya Tuhanku..
aku telah
tersedar dari mimpi yang selama ini membuaikan aku..
segala
keseronokkan dan kebahagiaan dunia adalah sementara semata-mata..
yang
kekal abadi adalah KEBAHAGIAAN CINTAMU yang hakiki YA ALLAH..
Kini, aku
kembali meraih cintaMU YA ALLAH..
aku
kembali memerlukan CINTA HAKIKI..
Kau
ampunilah aku dan hindarilah aku daripada seberat berat ujian yang tidak dapat
aku tanggungi ya Tuhanku..
"..dalam kita melangkah
terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk
menangis..peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri
kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari
keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman.."
No comments:
Post a Comment