Tuesday, 1 May 2012

~Rintihan Hati~

Ya Allah...
di saat aku di uji dengan cinta dunia..
aku leka menikmatinya sehingga
aku jatuh tertewas dengan ujianMU..
aku jatuh tersungkur sehingga jalanku gelap..
Ampuni segala dosaku ya Tuhanku..
sesungguhnya aku sangat hina dan kerdil di sisiMU..
Ya Tuhanku..
aku telah tersedar dari mimpi yang selama ini membuaikan aku..
segala keseronokkan dan kebahagiaan dunia adalah sementara semata-mata..
yang kekal abadi adalah KEBAHAGIAAN CINTAMU yang hakiki YA ALLAH..
Kini, aku kembali meraih cintaMU YA ALLAH..
aku kembali memerlukan CINTA HAKIKI..
Kau ampunilah aku dan hindarilah aku daripada seberat berat ujian yang tidak dapat aku tanggungi ya Tuhanku..


"..dalam kita melangkah terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk menangis..peritnya terasa, tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata ketika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan dan semoga kita tabah dan ditetapkan iman.."

DeHearty-PASRAH SEGALANYA

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Wednesday, 14 March 2012

::assalammualaikum..::


....cinta sampai syurga...
::khaifahaluka/khaifahaluki wa aidan anta/anti??...atas dorongan suami tercinta akhirnya dapat jugak siapkan blog nih walaupun baru separuh...bukan sesenang yang disangka tapi semuanya berhasil dengan baik berkat kesabarannya...terima kasih suamiku...


membina lakaran cinta...
dalam setiap bait doa yang dilafazkan...
walau badai melanda...
sabar jadi teguhan...


isterimu ini selalu banyak silapnya...
kemaafan jadi pengikat cinta...
biarpun sejuta bicara cinta...
namun cintamu kepadaNya jadi teguhan cintaku kepadamu...
sejahtera mahligai cinta...
terbina dilandasan tazkirah rindu...

Tinta Bicara

Wanita....Hiasan Terbaik Dunia...


Wanita Ibarat Bunga, Kembang Harum Mewangi diTaman, Layu Bila Terbuang