Pernah hati ini
terguris
Dengan fitnah
dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa
diri ini hina
Kerana tiada
siapa yang sudi membela
Kutabahkan
hatiku harungi hidup
Biarpun tiada
siapa yang menemani
Keseorangan aku
di lautan sepi
Ditinggalkan
mereka yang aku percayai
Namun ku tahu
ada hikmahnya
Setiap segala
yang menimpa diri
Kuserahkan
segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa
jua mencipta
Kerana engkau
MAha Mengetahui
SEgala apa yang
terbuku di hati
C/O:Ya Allah
tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan
yang mencabar ini
Terasa bagai
noktah telah kutemui
Mengakhiri
segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau
lindungilah aku
Bekalkanlah daku
dengan limpahan iman
Agar tabahku
menghadapi dugaan
Agar tidakku
berhenti di pertengahan
Kini di sini aku
berdiri
Bersama harapan
yang tulus suci
Agar terbitlah
kembali menteri pagi
Setelah malamku
berkalut benci

No comments:
Post a Comment